Sunday, November 16, 2008

Isu Pembatalan Kings Of Tennis

Isu Pembatalan Kings Of Tennis

Pada 11 Nov 2008 jam 5 petang, Ibu Pejabat "Kings of Tennis" di Sweden telah memaklumkan promoter dan penganjur tempatan mengenai pembatalan acara yang amat dinanti-nantikan "Kings of Tennis" yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 16 Nov 2008 di Penang Esplanade di Georgetown atas sebab penganjur tempatan tidak menepati janji untuk menjelaskan bayaran seperti dijanjikan.

Selepas mengetahui keputusan pembatalan tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba melepaskan tangan daripada tanggungjawab, supaya imej Negeri Pulau Pinang tidak terjajas. Namun acara ini acara "Kings of Tennis" yang juga dikenali sebagai "Penang's Big Bang", telah menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka akan menemukan bekas pemain tenis nombor satu dunia dari dua benua, Amerika dan Eropah.Pasukan Eropah dijangka diketuai Ilie Nastase dari Romania dan para pemain Sweden, Bjorn Borg, Stefan Edberg dan Mats Wilander manakala pasukan Amerika terdiri daripada John McEnroe, Pete Sampras, Roy Emerson dari Australia dan Marcelo Rios dari Chile.

No comments: